suria

Mourinho Tahan Sabar

Jose Mourinho

LONDON: Kesabaran Jose Mourinho dikatakan semakin menipis dan mula mengatur perancangan untuk menyingkirkan pemain  yang gagal mempamerkan aksi mantap.

Pada Sabtu, Chelsea sekali lagi mengalami kekalahan pada awal musim apabila ditewaskan Crystal Palace 2-1 pada perlawanan ke-100 Mourinho dalam Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

Mourinho dikhabarkan telah mengenal pasti tiga pemain Blues yang dirasakannya tidak beraksi di tahap sebenar, bagaimanapun enggan menyebut nama mereka.

“Jika pemain tidak beraksi di tahap sebenar, terdapat dua cara untuk mengatasinya.

“Yang pertama, saya mempercayai pemain berkenaan, jadi saya akan menunggu peningkatannya. Anda tunggu, tunggu dan tunggu, mungkin peningkatan akan berlaku ataupun tidak.

“Atau, walaupun anda mempercayai detik perubahan itu akan tiba juga, tetapi saya tetap berasakan perubahan perlu dibuat. Saya boleh menggunakan kedua-dua cara itu," katanya.

Mourinho dikatakan tidak gembira dengan prestasi yang ditunjukkan skuadnya kerana gagal mempamerkan aksi secara berpasukan.

“Untuk bermain secara kolektif, anda perlu mempamerkan aksi individu. Apabila anda mengharungi perlawanan di tahap ini, anda memerlukan pemain beraksi dengan baik.

“Saya tidak boleh berkata, saya mahukan kesemua 11 pemain mempamerkan prestasi yang sama. Dua atau tiga pemain gagal beraksi di tahap sebenar. Saya menyalahkan diri saya sendiri kerana tidak menukar salah seorang daripada mereka," akuinya lagi.

Ketika ditanya identiti pemain itu, Mourinho membalas: “Itu merupakan perkara terakhir yang saya akan maklumkan kepada anda.”




Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Lain