suria

Louise Martin Dilantik Presiden Baharu Persekutuan Sukan Komanwel

Louise Martin.

AUCKLAND: Setiausaha Kehormat Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Louise Martin pada Rabu dilantik sebagai presiden wanita pertama bagi organisasi itu, menewaskan penyandangnya, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar dari Malaysia.

Martin menewaskan Tunku Imran pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu di Auckland pada Rabu, bagi mengetuai organisasi berkenaan yang berdepan dengan tekanan untuk kekal relavan dalam pasaran sukan.

Sukan berkenaan diteliti sejak beberapa tahun lalu kerana kos dan bajet yang berlebihan menyebabkan banyak bandar tidak mahu membida bagi menganjurkan temasya yang diadakan empat tahun sekali itu.

Hanya dua bandar membuat bidaan bagi penganjuran Sukan Komanwel 2018 yang mana telah diberikan kepada Gold Coast di Australia, mengatasi Hambantota, Sri Lanka, manakala Durban pada Rabu merupakan satu-satunya yang pembida untuk temasya sukan itu pada 2022.

Malah, kebanyakan atlet dan jaguh handalan juga memilih untuk tidak menyertai temasya sukan itu.

Martin yang merupakan naib pengerusi bagi Sukan Komanwel Glasgow 2014 berjanji untuk meningkatkan peluang komersial untuk CGF dan anggotannya serta memastikan sukan berkenaan menarik penyertaan ramai atlet terkemuka sekali lagi.

"Saya mahu memastikan atlet-atlet terbaik dalam Komanwel dengan menjadikan temasya sukan ini sebagai penyertaan mesti ada dalam kalender mereka, dan banyak bandar akan beratur untuk membida (menjadi tuan rumah)," katanya.

Bekas perenang itu juga berkata, kunci untuk memastikan atlet handalan untuk menyertainya adalah bekerja rapat dengan persekutuan sukan antarabangsa dalam menjadikan Sukan Komanwel sebagai pertandingan sukan antarabangsa yang utama. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain