suria

Neymar Puji Messi

MADRID: Neymar memuji Lionel Messi kerana kemasukannya sebagai pemain gantian membawa kemenangan 2-1 Barcelona ke atas Atletico Madrid.

Pada perlawanan itu, Barca memulakan aksi tanpa Messi dengan juara juara bertahan itu ketinggalan di Calderon apabila Fernando Torres menjaringkan gol pada minit ke-51.

“Kami bermain baik selepas ketinggalan dan kami gembira.

“Messi adalah pemain terbaik dunia dan selepas dia masuk, semua rakan sepasukan bermain lebih baik," kata Neymar.

Neymar menyamakan kedudukan empat minit kemudian apabila sepakan percuma yang diambilnya menuju tepat ke penjuru kanan gawang tuan rumah dan penyerang Brazil itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-67, tetapi rembatannya diselamatkan di atas garisan gol oleh Diego Godin.

Neymar turut terbabit mencipta gol kemenangan apabila dia melorongkan bola kepada Messi yang memperdayakan penjaga gol Jan Oblak ketika permainan berbaki 13 minit.

Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna Barca setakat ini dan mereka mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan, tiga mata melebihi juara musim 2013-14, Atletico yang menduduki tangga kelima.

Neymar, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain