suria

Giroud Disingkir, Arsenal Tewas Di Tangan Dinamo Zagreb 1-2

Theo Walcott (kanan) mencatatkan gol tunggal buat Arsenal ketika menentang Dinamo Zagreb dalam perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan F di Stadium Maksimir, Zagreb di Crotia pada awal pagi Khamis. Foto REUTERS

ARSENAL terpaksa bermain tanpa Oliver Giroud ketika menentang Dinamo Zagreb dalam perlawanan Liga Juara-Juara bagi Kumpulan F pada awal pagi Khamis apabila pemain itu dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-40. 

Bertanding di kubu Dinamo di Stadium Maksimir, Zagreb Zagreb hanya menyaksikan kekecewaan Arsenal yang tewas dengan 1-2.

Arsenal ketinggalan satu mata apabila pemain Dinamo, Josip Pivaric membuat jaringan pada minit ke-24. Aksi separuh pertama berakhir 1-0.

Dinamo kembali menggegarkan gawang The Gunners pada separuh masa kedua.

Menerusi umpan Paulo Machado mampu ditangani dengan baik oleh Junior Fernandes bagi menggandakan mata buat Dinamo pada minit ke58.

Bagaimanapun, Theo Walcott berjaya meraih mata dengan memaksimum umpan Alexis Sanchez pada minit ke79.

Bagaimanapun, hanya gol Walcott menjadi gol tunggal buat The Gunners menyaksikan kekalahan 1-2 di tangan Dinamo.

Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain