suria

Chelsea Tewaskan Maccabi 4-0 Di Stamford Bridge

Cesc Fabregas (tengah) ketika beraksi membuat jaringan keempat untuk Chelsea pada perlawanan Kumpulan G bagi Liga Juara-Juara di Stamford BridgE, London. Foto AFP

CHELSEA seakan melupakan 'masalah' mereka di Liga Perdana Inggeris apabila mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas jaguh Israel, Maccabi Tel Viv dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G bagi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Walaupun tendangan penalti Eden Hazard melambing tinggi di atas gawang Maccabi, namun Chelse mencatatkan dua gol pada aksi separuh masa pertama.

Dua gol berkenaan dihasilkan oleh Willian 15 minit selepas itu dan Oscar melakukan tendangan penalti seterusnya pada minit akhir babak pertama.

Willian bagaimanapun terpaksa digantikan oleh Diego Costa selepas pemain kelahiran Brazil itu cedera selepas 20 minit babak kedua.

Costa secara bijak mengawal padang dengan menghasilkan jaringan ketiga buat Chelsea pada minit ke-58.

Cesc Fabregas turut menyumbang gol bagi Chelsea apabila membolosi gawang pasukan tamu pada minit ke-78.

Perlawanan berakhir dengan 4-0 yang menyaksikan kemenangan The Blues.

Artikel Lain