suria

Bekas Doktor Chelsea Kritik Cara FA Siasat Mourinho

Eva Carneiro
BEKAS doktor Chelsea, Eva Carneiro mengkritik Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana gagal untuk mendapatkan kenyataannya semasa menjalankan siasatan terhadap pengurus Jose Mourinho.

FA pada Rabu mengumumkan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap Mourinho yang menggunakan bahasa kasar dan berbaur seks terhadap Carneiro yang berlari masuk ke padang untuk merawat Eden Hazard pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan Chelsea seri 2-2 dengan Swansea City pada 8 Ogos.

Carneiro, yang sudah pun meninggalkan kelab itu selepas dikritik hebat oleh Mourinho mempersoalkan keputusan FA yang membuat keputusan tanpa mendapatkan penjelasannya mengenai peristiwa itu dan menuduh organisasi itu 'memilih untuk mengabaikan beberapa bukti'.

Dalam satu kenyataan yang secara jelas mempersoalkan keberkesanan siasatan, Carneiro berkata: "Saya terkejut apabila mengetahui bahawa FA didakwa menyiasat kejadian pada 8 Ogos melalui akhbar.

"Saya berada di peringkat di mana tidak diminta oleh FA untuk membuat kenyataan. Saya tertanya-tanya sama ada ini mungkin hanya siasatan rasmi di negara ini di mana bukti individu yang terlibat dalam kejadian itu tidak dianggap relevan.

"Yang pasti, memilih untuk mengabaikan beberapa bukti akan mempengaruhi hasil dapatan kajian."

Carneiro meluahkan rasa tidak puas hati yang sama ke atas pengendalian FA dalam perlawanan antara West Ham dan Chelsea pada bulan Mac.

Sekali lagi, dalam hal ini, Carneiro berkata, dia tidak dihubungi untuk mendapatkan komen.

"Musim lalu saya mempunyai pengalaman yang sama ketika menentang West Ham FC, di mana saya tertakluk kepada penyalahgunaan lisan," katanya.


"Berikutan aduan oleh orang ramai, FA menghasilkan komunikasi kepada media dengan berkata tiada sebarang laungan berunsur 'seksis' semasa permainan ini.

"Tidak ada langsung masa saya dihubungi untuk memberikan kenyataan walaupun pada hakikatnya kata-kata keji dan seksual yang tidak boleh diterima telah didengari dengan jelas."
Eva Carneiro, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain