Pemain berusia 34 tahun itu berminat untuk meneruskan kerjayanya di Old Trafford, tetapi akhirnya memilih meninggalkan kelab itu untuk menyertai Juventus selepas United mengubah syarat-syarat kontraknya.
Evra tidak menyesal dengan keputusannya menyertai juara Serie A itu, tetapi mendapati masih sukar untuk membincangkan tentang perkara itu walaupun dia sudah keluar dari United.
"Masih sukar untuk bercakap tentang diri saya yang keluar United, tetapi satu hari - apabila kerjaya saya berakhir - Saya akan dapat berkata-kata dengan lebih terbuka mengenainya," kata pemain Perancis ini.
"Tetapi saya tidak menyesal dengan langkah ini, yang akhirnya telah terbukti lebih daripada positif.
"Saya gembira dalam Serie A, walaupun ia lebih kepada satu kebetulan, bukan pilihan, bahawa saya akan berada di Turin.
"Matlamat saya adalah untuk terus menang dengan Juventus dan pasukan kebangsaan, terutamanya kerana saya berada di negara tuan rumah Euro 2016."