suria

Shanghai Masters: Federer Disingkir Pemain 'Underdog'

ROGER Federer tewas 7-6 2-6 6-3 kepada pemain di ranking ke-57 dunia Albert Ramos-Vinolas pada aksi pusingan kedua Shanghai Masters lewat Selasa malam.

Buat pertama kalinya, Ramos yang dianggap pemain 'underdog' berjaya mengetepikan bintang tenis di ranking ketiga dunia itu selepas 16 kali percubaan, sekaligus menggugat momentum Federer yang akan beraksi pada Jelajah Akhir ATP bulan depan.

Pemain berusia 27 tahun itu pada mulanya kelihatan gugup ketika berdepan dengan jaguh dari Switzerland berusia 34 tahun ini, namun berakhir dengan kegembiraan setelah hampir dua jam bekerja keras mengetepikan Federer selaku juara bertahan kejohanan ini.

Federer yang diletakkan sebagai pilihan kedua itu terlepas peluang mengutip dua mata ketika Ramos membuka servis permainan yang menyaksikan dia tewas pada set pertama dengan kiraan tie-break.

Kejohanan ini merupakan aksi pertama Federer dalam tempoh tiga minggu selepas menyertai play-off Piala Davis Kumpulan Dunia yang menyaksikan negaranya menang ke atas Belanda.

Shanghai Masters, Roger Federer

Artikel Berikut

Artikel Lain