Pedrosa meninggalkan rakan sepasukan, Marc Marquez 0.409 saat manakala pencabar terdekat, Valentino Rossi dari Movistar Yamaha berada di tempat ketiga 1'59.726.os.
“Pasukan melakukan tugas yang baik! Kami akan memneri fokus dalam perlumbaan nanti kerana tayar akan lebih sukar di trek, yang kemungkinan akan terjadi kesilapan.
“Saya akan cuba memecut yaang terbaik walaupun sedar jentera akan menghadapi saat sukar. “Kami akan lihat keadaan litar pada esok (Ahad) kerana dengan cuaca yang panas, kami tidak akan berada dalam keadaan seperti hari ini,” jelasnya dalam kenyataan pasukan Repsol selepas perlumbaan.
Sementara itu, Marquez mengakui Pedrosa telah mempamerkan lap terbaik, yang sememangnya sukar diatasi.
“Kami akan mencuba seratus peratus dari awal perlumbaan walaupun sedar ia satu saingan fizikal yang sengit. Namun bagi saya ia satu persaingan yang baik.
“Saya juga akui sukar untuk mencari tayar yang sesuai dengan trek berbanding aksi di litar lain. Walaupun tidak selesa sepenuhnya, kami akan cuba menghadapi situasi ini dengan baik,” kata Marquez.
Keputusan penuh pusingan kelayakan dan kedudukan petak pelumba MotoGP:
1. Dani PEDROSA Repsol Honda Team Honda 1'59.053
2.Marc MARQUEZ Repsol HondaTeam Honda 1'59.46
3. Valentino ROSSI Movistar Yamaha Moto 1'59.7260
4.Jorge LORENZO Movistar Yamaha MotoGP 1'59.737
5. Cal CRUTCHLOW LCR Honda Honda 2'00.199
6. Andrea IANNONEITA Ducati Team 2'00.224
7. Andrea DOVIZIOSO Ducati Team 2'00.423
8. Maverick VIÑALES SPA Team SUZUKI 2'00.478
9. Bradley SMITH Monster Yamaha Tech 3 2'00.6521.599
10.Hector BARBERA Avintia Racing Ducati 2'00.724
11.Aleix ESPARGARO Team SUZUKI ECSTAR 2'00.724
12.Pol ESPARGARO Monster Yamaha Tech 2'00.79
13.Danilo Petrucci Octo Pramac Racing 2m 01.223s
14. Stefan Bradl Factory Aprilia Gresini 2m 01.346s
15. Scott Redding Estrella Galicia 2m 01.367s
16. Jack Miller LCR Honda 2m 01.725s
17. Alvaro Bautista Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 2m 01.727s |
18. Yonny Hernandez Octo Pramac Racing (Desmosedici GP14.2) 2m
19. Nicky Hayden Aspar MotoGP Team (RC213V-RS) 2m 01.829s
20. Loris Baz Forward Racing 2m 01.862s
21. Toni Elias Forward Racing 2m 02.415s
22. Eugene Laverty Aspar MotoGP Team (2m 02.460s
23. Mike Di Meglio Avintia Racing2m 02.964s
24. Anthony West AB Motoracing2m 03.855s
25. Damian Cudlin E-Motion Ioda Racing (ART) 2m 06.051s