suria

Pellegrini Nafi Denda Kompany

Manuel Pellegrini
MANUEL Pellegrini menafikan dakwaan bahawa kapten Manchester City, Vincent Kompany didenda kerana bermain untuk Belgium.


Kompany diletakkan di bangku simpanan ketika dua aksi City semenjak Pellegrini meluahkan rasa kecewa apabila pemain pertahanan itu bermain untuk negaranya dalam saingan Kelayakan Euro 2016 minggu lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini terlepas lima perlawanan City kerana kecederaan dan Pellegrini mendedahkan Kompany tidak cergas untuk beraksi ketika tempoh rehat perlawanan antarabangsa.

“Saya tidak mendenda Vincent dan saya tidak ada masalah dengannya.

“Saya rasakan selepas sebulan atau lima minggu tanpa aksi dan latihan, kamu mesti cergas dan tidak akan bersedia untuk perlawanan penting,” jelas pengurus City itu.

Menurut Pellegrini, tindakannya itu telah memberi pelbagai reaksi dan salah faham sesetengah pihak dan dia tidak nafikan tanggungjawab Kompany sebagai kapten.

Artikel Sebelum

Artikel Lain