AC MILAN menggunakan khidmat penjaga gol berusia 16 tahun dalam aksi terdesak mendapatkan mata ketika menentang Sassuolo bagi saingan Serie A pada Ahad. Kelab gergasi Itali itu kempunan tiga mata penuh apabila memulakan aksi liga dengan rentak sumbang. Bagaimanapun, jurulatih AC Milan, Sinisa Mihajlivoc membuat kejutan apabila menggantikan Diego Lopez yang merupakan bekas penjaga gol Real Madrid dengan Gianluigi Donnarumma yang berusia 16 tahun. Penjaga gol muda itu pernah beraksi dalam saingan pramusim selain perlawanan persahabatan menentang Real Madrid sebelum ini. Namun, dia akhirnya turun buat kali pertama dalam saingan kompetitif dan muncul sebagai penjaga gol termuda yang pernah beraksi dalam liga berkenaan. Sebelum ini rekod penjaga gol termuda dipegang oleh Gianluigi Buffon apabila membuat penampilan pada usia 17 tahun. Aksi cemerlang Donnarumma berjaya membantu AC Milan menangi 2-1 ke atas dalam saingan perlawanan ke-10 liga.