PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho, didakwa berperilaku salah oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana bahasa dan tindakannya ketika Chelsea dikalahkan West Ham United, Sabtu. Mourinho diusir ke tempat duduk penonton setelah tidak puas hati dengan pengadil Jon Moss pada separuh masa kedua perlawanan yang menyaksikan kelabnya kalah buat kali kelima. Kedua, kelab itu didakwa tidak dapat mengawal para pemain mereka dan diberi tempoh sehingga Khamis untuk memberi tunjuk sebab. Chelsea juga dikenakan denda £25 ribu kerana menerima lebih dari lima kad kuning dalam pertandingan Liga Perdana. Selain dua kad kuning yang diberikan kepada Nemanja Matic, pemain Chelsea lain Cesar Azpilicueta, Willian, Cesc Fabregas, John Mikel Obi dan Diego Costa juga diberi kad kuning di Upton Park. Pembantu Mourinho Silvino Louro juga diusir dari pertandingan kerana dakwaan salah laku. Kelab ini juga akan diminta untuk menjelaskan mengapa Mourinho tidak ikut serta dalam sidang media selepas perlawanan.