IBU Cristiano Ronaldo mengakui dia hampir menggugurkan kandungan ketika mengandungkan bintang bola sepak dunia itu sebelum ini. Maria Dolores dos Santos berkata, pada mulanya dia tidak mahu meneruskan kandungannya, namun takdir Tuhan menghalangnya berbuat demikian. "Dia adalah bayi yang saya hendak gugurkan. Tetapi Tuhan tidak mahu ia berlaku dan saya bersyukur kerana itu Tuhan tidak menghukum saya," jelasnya dalam rakaman filem dokumentari Ronaldo berkaitan dengan kemenangan anugerah Ballon d'Or kali ketiga. "Kadang-kala Ronaldo turut menyakat saya dan berkata:'Kamu tidak mahu melahirkan saya. Tetapi lihat, kini saya di sini dan menolong kamu semua.' Dan kami sama-sama ketawa apabila teringat perkara itu." Filem terbaharu Ronaldo berkisar kehidupan bintang Real Madrid ini yang lebih fokus kepada hubungan dengan anak lelakinya berusia 5 tahun, Cristiano Jr bakal ditayangkan di United Kingdom pada Isnin ini. Bapa kandung Ronaldo, Dinis meninggal dunia ketika usia 53 tahun pada 2005, merupakan seorang alcoholic - sesuatu yang memberi kesan kepada keluarganya. "Saya menangis setiap hari. Orang lihat kami mempunyai wang dan banyak kereta tetapi kami sebenarnya menderita. "Dia 'minum' hampir setiap hari. Sesutau yang mengecewakan saya apabila dia tidak sempat melihat kejayaan saya hari ini," jelas Ronaldo.