KARIM Benzema didakwa atas tuduhan memeras ugut berkaitan dengan video seks terhadap rakan sepasukan Perancis Mathieu Valbuena. Bintang Real Madrid itu dituduh dengan 'percubaan bersubahat memeras ugut' dan konspirasi melakukan akta jenayah. Berdasarkan undang-undang Perancis, hukuman lima tahun penjara akan dikenakan jika disabitkan kesalahan. Benzema, 27, tidak dibenarkan berhubung dengan pemain tengah Lyon itu selepas pertuduhan dibuat. Kedua-dua pemain ini dijangka akan mengisi senarai barisan pasukan Perancis menjelang dua perlawanan persahabatan minggu ini, namun jurulatih Didier Deschamps kini berdepan dengan situasi sukar untuk membuat keputusan. Benzema ditahan pada pagi Rabu dan disoal siasat mengenai skandal pita video seks itu, manakala seorang lagi penyerang Perancis Djibril Cisse turut disoal siasat bulan lalu namun dibebaskan.