suria

Roy Keane Selalu Menjerit Ke Arah Saya - Ronaldo

Ronaldo (kanan) bersama Keane ketika beraksi di Manchester United pada Mac 2005.
CRISTIANO Ronaldo mendedahkan jeritan Roy Keane ketika beraksi bersama Manchester United sebelum ini banyak membantunya menjadi seorang pemain yang lebih baik.


Bintang Real Madrid itu memberitahu bahawa Kean selalu menjerit 'pass the ball' ketika bermain bersma di Old Trafford.

“Keane sentiasa menjerit ke arah saya: 'Cristiano!! Pass the ball’. Tetapi itu sesuatu yang baik kerana pada akhirnya saya berasa gembira kerana banyak benda yang saya belajar,” jelasnya.

Tambah Ronaldo, Sir Alex Ferguson yang membimbingnya di Manchester United juga telah banyak mempengaruhi kerjayanya sehingga menjadi seperti hari ini.

“Saya berasa bangga kerana dia memaksa saya untuk bekerja keras. Antara salah satu caranya yang paling berkualiti adalah memaksa pemain bekerja kuat apabila kami perlukan, yang ketika itu, saya perlukan”.

Dalam pada itu Ronaldo turut menafikan hubungannya dengan Lionel Messi bermasalah.

Pemain Real Madrid dan Barcelona itu bersaing antara satu sama lain merebut gelaran pemain terbaik dunia, malah turut berkongsi anugerah Ballon d’Or sejak tujuh tahun lalu.

Ronaldo memenangi anugerah itu pada tahun 2008,2013 dan 2014 manakala Messi empat tahun berturut-turut 2009-2012.

“Cerita itu timbul untuk melariskan surat khabar, pihak media gembira berbuat dmikian. Saya tidak ada masalah dengannya. Dia seorang pemain profesional yang menakjubkan. Ia hanya cerita media dan sesuatu yang normal.

“Sepanjang lapan tahun kami berdiri di pentas yang sama, dan saya tidak pernah, ada masalah dengannya,” jelas Ronaldo.

Cristiano Ronaldo, Roy Keane

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain