suria

Liga Europa: Liverpool Menang Tipis 1-0 Ke Atas Rubin Kazan

Klopp (kanan) mengucapkan tahniah kepada jaringan tunggal Ibe.
JORDAN Ibe memberikan kemenangan pertama Liverpool dalam aksi Liga Europa musim ini selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika bertandang ke Rubin Kazan dalam saingan peringkat kumpulan awal pagi Jumaat.


Bagaimanapun anak buah Jurgen Klopp itu gagal menggunakan peluang gol pada babak pertama melalui Christian Benteke, Emre Can dan James Milner.

Bagaimanapun Ibe berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-52 yang seterusnya menjadi gol tunggal perlawanan sehingga akhir permainan.

Kemenangan pertama ini di Stadium melayakkan mereka berada di tangga kedua Kumpulan B di belakang FC Sion, diikuti Bordeaux dan Rubin Kazan keempat.

Liverpool bakal bertemu Bordeaux pada 26 November ini.

Senarai pemain:

Rubin Kazan (4-2-3-1): Ryzhikov: Cotungo (Ustinov 81 mins), Kambolov, Kverkveila, Nabiullin: Kislyak (Akhmetov 70), Georgiev: Kanunnikov, Eduardo (Ozdoev 46), Karadeniz: Devic 

Pengurus: Valerii Chalyi

Liverpool (4-3-2-1): Mignolet: Clyne, Skrtel, Sakho, Moreno: Milner (Lallana 61), Allen, Can (Skrtel 92); Firmino (Lucas 81), Ibe; Benteke

Pengurus: Jurgen Klopp

Jurgen Klopp, Liverpool, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain