suria

MotoGP Valencia: Rossi Kekal Bermula Di Petak Terakhir

PELUMBA Yamaha, Valentino Rossi akan kekal bermula di petak terakhir pada perlumbaan penentuan juara di Valencia Ahad ini selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuannya.


Bagaimanapun CAS yang berpengkalan di Lausanne itu memberitahu bahawa kenyataan mengenai penolakan permohonan Rossi itu dan keputusan telah diumumkan bulan lalu ketika Grand Prix Malaysia.

“Valentino Rossi akan berlumba pada pusingan seterusnya (pusingan akhir) musim ini...dari petak terakhir,” jelas kenyataan CAS.

Pihak CAS menambah, prosedur timbang tara terus dijalankan dan keputusan akhir belum diputuskan berdasarkan merit kes ini.

Pelumba berusia 36 tahun itu kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba dengan kelebihan tujuh mata di depan Lorenzo, dan hanya 25 mata kemenangan sahaja untuk muncul juara selepas kontroversi berlaku di Litar Antarabangsa Sepang Oktober lalu.

Kontroversi timbul apabila Rossi dikatakan menendang juara dunia dua kali, Marc Marquez (Honda) sehingga terbabas dan terkeluar daripada saingan itu.

Bagaimanapun juara dunia enam kali itu mendakwa pelumba Sepanyol itu sengaja menghampirinya dan cuba melakukan sabotaj perebutan trofi juara untuk membantu Lorenzo.

Selain itu, Marquez telah memfailkan aduan undang-undang selepas dia dan keluarganya dimalukan serta diserang secara fizikal oleh media televisyen Itali berdekatan dengan rumahnya di Barcelona.

Malah beribu-ribu tandatangan petisyen secara online bagi meminta penganjur MotoGP menarik balik penalti yang dikenakan Rossi di Valencia.

Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Vito Ippolito berharap pelumba-pelumba akan bersaing dengan penuh semangat dan hormat di Valencia,” katanya.

Sidang media pra perlumbaan pada Khamis  terpaksa dibatalkan oleh pihak promoter DORNA dan FIM berikutan ‘situasi semasa’.

Valentino Rossi, MotoGP, GP Valencia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain