suria

Lebih 100 Peserta Cilik Sertai Ironkids Sempena Ironman Langkawi 2015

Sebahagian peserta cilik yang menyertai 'Ironkids' bergambar bersama pingat dan sijil yang mereka perolehi selepas berjaya menamatkan larian sejauh 1km sekitar Pantai Cenang, Jumaat. Lebih 100 peserta cilik menyertai larian itu dibuat julung kalinya sempena kejohanan Ironman Langkawi 2015 yang akan berlangsung, Sabtu.

LANGKAWI: Lebih 100 peserta cilik menyertai Ironkids yang julung kali dianjurkan sempena Kejohanan Ironman Langkawi 2015 yang akan berlangsung Sabtu.

Ironkids yang bermula pukul 8 pagi tadi disertai oleh kanak-kanak berumur 5  hingga 12 tahun yang mana merupakan anak kepada para atlet Kejohanan Ironman Langkawi 2015.

Peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5 hingga 10 tahun dan 11  hingga 12 tahun dan mereka perlu berlari sejauh satu kilometer di sekitar Pantai Cenang.

Majlis pelepasan dilaksananakan oleh Juara Ironman Dunia sebanyak 12 kali, Cameron Brown dari New Zealand.

Hasil tinjaun Bernama mendapati, Ironkids mendapat sambutan hangat apabila ibu bapa memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka dengan turut sama berlari di samping mereka sambil memberi kata-kata semangat.

Semua peserta berjaya menghabiskan larian dalam masa kira-kira 45 minit dan  masing-masing membawa pulang pingat dan sijil penyertaan.

Esok, kira-kira 1,100 atlet dari 53 negara akan berentap memburu gelaran juara Kejohanan Ironman Langkawi 2015 edisi ke-13 yang membabitkan tiga displin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km-- Bernama


Ironkids, Ironman Langkawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain