suria

Malaysia Bakal Rangkul Emas Junior Dunia

Jin Wei bakal berdepan rakan senegara, Ying Ying pada final Junior Dunia di Lima, Peru.

KUALA LUMPUR: Malaysia diramal bakal melakar sejarah apabila menggondol emas pada Kejohanan Junior Dunia di Lima, Peru.

Pemain badminton negara, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying membanggakan negara apabila menewaskan pesaing Jepun sekali gus menjadikan pasukan Malaysia menguasai final perseorangan wanita.

Jin Wei yang berusia 15 tahun hanya mengambil maa 31 minit menumpaskan Moe Araki 21-10, 21-10 pada separuh akhir.

Ying Ying,18 juga berada pada prestasi terbaik apabila berjaya menewaskan Natsuki Nidaira 21-15, 16-21, 21-14 pada perlawanan yang berlangsung sejam 14 minit itu.

Natsuki pada mulanya mengetepikan Kejohanan Junior Asian, He Bingjiao di China di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Pengurus Pembangunan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kwan Yoke Meng begitu gembira dengan pencapaian negara.

"Kami sememangnya menjangkakan Jin Wei ke final tetapi kejayaan Ying Ying adalah sesuatu yang mengejutkan kami. Mereka menjadikan Malaysia menguasai peringkat akhir dan ia sesuatu yang menakjubkan.

"Walaupun kalah pada set kedua, Ying Ying tidak mengaku kalah, sebaliknya bangkit untuk menewaskan lawannya.

"Selain itu, Jin Wei berada pada kelasnya yang tersendiri dan jarang sekali melakukan kesalahan. Kami gembira akhirnya pemain negara akan merangkul kejuaraan pada kejohanan itu," katanya.

Kemenangan itu menamatkan kemarau pingat emas negara ketika menyertai kejohanan antarabangsa. Pemain negara yang pernah memenangi kejohanan itu adalah Zulfadli Zulkiffli (perseorangan lelaki), Teo Ee Yi-Nelson Heg Wei Keat (bergu lelaki) di Taiwan pada 2011.



Artikel Lain