Keputusan seri United itu bermakna mereka dilihat perlu menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Wolfsburg dalam Liga Juara-Juara selepas pasukan itu meningkat hanya satu mata daripada dua perlawanan peringkat kumpulan.
Bercakap di ITV, Keane menyelar persembahan, keadaan dan mental Rooney dengan berkata: "Wayne Rooney kurang ketenangan dan kualiti, tetapi saya fikir dialah yang bersalah berbanding orang lain. Dia perlu melakukan sesuatu.
"Anda melihat warisan Wayne di Old Trafford, ia benar-benar hebat, rekod golnya adalah cemerlang. Tetapi kini dia adalah seorang kapten yang ada banyak tanggungjawab dan saya rasa dia perlu melakukan lebih lagi.
"Ia sudah tentu tidak membantunya. Saya bukan iri hati dia keluar dan berhibur, tetapi anda perlu menunjukkan sikap kepimpinan yang baik dan menjadi teladan. Dia tidak melakukannya malam ini. Dia nampaknya tidak fokus, dia kelihatan memalukan. Mentalnya tidak kelihatan benar-benar tajam, begitu juga fizikalnya. Dia perlu melihat kembali diri sendiri. "