"Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan perintah melarang peminat dari pasukan luar untuk perlawanan pusingan ke-15 Ligue 1 dan perlawanan pusingan ke-16 Ligue 2, hujung minggu ini," kata Liga Perancis (LFP) dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Satu lagi perintah, dengan peruntukan yang sama, akan dikeluarkan tidak lama lagi mengenai pusingan ke-16, ke-17, ke-18 Ligue 1, pusingan ke-17 dan ke-18 Ligue 2, pusingan kelapan Piala Perancis dan pusingan Liga Europa ( 8 dan 10 Disember).
"Keputusan-keputusan ini adalah wajar disebabkan kekurangan pasukan polis dalam tempoh kecemasan dan penganjuran COP21 (Sidang Kemuncak Iklim)," kata kenyataan tersebut.
Sidang Kemuncak Iklim akan diadakan di ibu negara Perancis dari 30 November-Disember 11.