suria

Pancing Messi RM5.2 Juta Seminggu Hanya Spekulasi

PENGENDALI Barcelona, Luis Enrique menjelaskan bahawa tiada sebarang rundingan dibuat pihaknya pihaknya bersama Manchester City berhubung hasrat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk mendapatkan khidmat penyerang terkemuka, Lionel Messi.

Malah Enrique juga menafikan tawaran City  yang sanggup membayar 800,000 pound (RM5.12 juta) seminggu kepada  bintang penyerang Argentina itu supaya berpindah ke Etihad.

"Mengenai tawaran untuk Messi itu, ia hanya khabar angin sahaja, dan soal perpindahan ini sebenarnya tidak wujud. Ia hanya spekulasi," katanya.

Media Britain, The Sun sebelum ini melaporkan, ejen pemain berusia 28 tahun itu sudah mengadakan rundingan awal dengan City mengenai potensi perpindahannya ke EPL.

Jika persetujuan dicapai, Messi akan menikmati gaji 40 juta pound (RM256 juta) setahun.

Messi kini menerima gaji mingguan 500,000 pound (RM3.12 juta) di Barcelona dan kontraknya akan berakhir dua tahun lagi.


Lionel Messi, Manchester City

Artikel Berikut

Pep Guardiola Idam United

Artikel Lain