suria

Malaysia Tuan Rumah Pusingan 16 Grand Prix F1 Musim Depan

KUALA LUMPUR: Badan pengelola perlumbaan Formula Satu (F1), Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), secara rasmi mengesahkan kalendar 21 perlumbaan bagi musim 2016 dari Mac hingga November.

Menurut laman sesawang rasmi FIA, www.fia.com, mesyuarat majlis Sukan Bermotor Dunia di Paris, Perancis pada Rabu memutuskan bahawa jumlah maksimum acara kejohanan ditambah kepada 21 daripada 20 pusingan.

Berikutan itu, musim 2016 akan menampilkan lebih banyak pusingan berbanding musim lain dalam sejarah F1, melebihi tanda aras sebanyak 20 pusingan dari 2012.

FIA berkata Australia sekali lagi akan menjadi hos perlumbaan pembuka tirai musim dari 18 hingga 20 Mac, manakala Abu Dhabi akan menjadi tuan rumah pusingan akhir untuk kali kelima dari 25 hingga 27 November.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Pusingan 16 Kejohanan Dunia dari 30 September hingga 2 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang.

Berikut kalendar Kejohanan Formula Satu Dunia FIA 2016:

20 Mac - Australia
3 April - Bahrain
17 April - China
1 Mei - Sochi
15 Mei - Sepanyol 
29 Mei - Monaco
12 Jun - Kanada 
19 Jun - Baku
3 Julai - Austria
10 Julai - Great Britain
24 Julai - Hungary
31 Julai - Jerman
28 Ogos - Belgium 
4 September - Itali
18 September - Singapura 
2 Oktober - Malaysia 
9 Oktober - Jepun 
23 Oktober - Amerika Syarikat
30 Oktober - Mexico
13 November - Brazil 
27 November - Abu Dhabi
-- Bernama
F1, FIA, Sukan Bermotor Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Lain