suria

Chelsea Kembali Tunjuk Taring, Benam Palace 3-0

Pemain Chelsea meraikan kemenangan mereka.

CHELSEA kembali mempamerkan aksi berbisa apabila menewaskan Crystal Palace 3-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris di Sellhurst Park, malam Ahad.

Malah lebih indah, ia merupakan kemenangan pertama Chelsea dibawah kendalian pengurus Guus Hiddink sejak mengambil alih kelab itu secara sementara daripada Jose Mourinho pada 19 Disember lalu.

Gol Chelsea dijaringkan pemain tengah Oscar seawal minit ke-29.

Chelsea terus berada di depan menerusi jaringan Willian dan Diego Costa pada babak kedua.

Kehadiran Costa ternyata mengembalikan serangan berbisa Chelsea selepas tidak beraksi akibat digantung perlawanan.

Kemenangan itu turut mengubati kekecewaan Chelsea yang tewas kepada Palace di gelanggang sendiri ketika dibawah bimbingan Mourinho pada Ogos lalu.

Kemenangan itu membolehkan The Blues menduduki tangga ke-14, naik satu anak tangga dengan menggumpul 23 mata.

Sementara itu Palace pula kekal di tempat ketujuh dengan 31 mata.





Chelsea, Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain