suria

Juventus Tewaskan Sampdoria 2-1, Menang Sembilan Kali Berturut-Turut

Aksi Sami Khedira sebelum melancarkan jaringan buat Juventus ketika menentang Sampdoria dalam perlawanan Serie A Itali di Stadium Luigi Ferraris di Genoa, Itali pada awal pagi Isnin. Foto Reuters

JUVENTUS yang menewaskan Sampdoria dengan 2-1 pada perlawanan Serie A Itali pada awal pagi Isnin sekali gus menyaksikan pasukan itu mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dalam saingan itu.

Bertempat di Stadoum Luigi Ferraris, dua pemain Paul Pogba dan Sami Khedira membawa Juventus mengungguli dua gol terlebih dahulu.

Pogba mencatatkan gol pertama pada minit ke-17, diikuti Khedira pada minit ke-46.

Kemenangan ini membawa Juventus ke posisi kedua, mengatasi Inter Milan yang tewas 0-1 di tangan Sassuolo.

Juventus kini melangkaui Inter Milan dengan 39 mata hanya menyaksikan perbezaan gol (18) berbanding Inter Milan (12).

Kekalahan Inter Milan yang bertemu Saussio sebelum itu menyuntik semangat para pemain Juventus.

Mereka terus berusaha melancarkan serangan sejak awal permainan.

Pemain Inter Milan, Cassano berjaya memperkecilkan kedudukan apabila melakukan jaringan pada minit ke-64.

Kedua-dua Juventus dan Inter Milan hanya berbeza dua mata dengan Napoli yang kini berada di tangga teratas liga.

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain