DANIEL Ricciardo yakin pasukan Red Bull mampu tampil dengan prestasi yang lebih baik musim ini sekiranya mereka mempunyai kuasa casis seperti Mercedes. Situasi tegang di antara Red Bull dan Renault belum reda apabila pengeluar dari Perancis itu berdepan dengan masalah prestasi enjin. Sejak pakej enjin Formula Satu (F1) diperkenalkan pada tahun 2014, pasukan itu gagal menjulang gelaran juara. "Jujur saya katakan bahawa jika kami ada kuasa seperti Merc, kami boleh memenangi beberapa perlumbaan," jelasnya. Musim lalu, Red Bull menamatkan saingan keseluruhan di tempat keempat musim lalu bagi kategori pengeluar tanpa meraih sebarang gelaran juara dalam 19 pusingan.