MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia yang juga penyandang juara, Serena Williams mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia pada Selasa selepas menundukkan pemain Taiwan, Hsieh Su-wei. Juara enam kali di Melbourne Park itu menundukkan Hsieh dengan mudah 6-1, 6-2 di gelanggang Rod Laver Arena. Serena akan menentang Daria Kasatkina dari Rusia dan jika menang, pemain Amerika Syarikat itu bakal bertemu pencabar utamanya, Maria Sharapova di peringkat suku akhir. Pemain berusia 34 tahun itu memenangi 35 daripada 36 perlawanan Grand Slam yang disertainya.