suria

Terbuka Australia: Murray Singkir Groth, Mara Ke Pusingan Ketiga

Murray (kiri) berjabat tangan dengan Groth selepas tamat perlawanan pusingan kedua Terbuka Tenis, Khamis.

ANDY Murray mempamerkan aksi garang menewaskan Sam Groth 6-0 6-4 6-1 sekaligus mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia.

Murray  mengambil masa 1 jam 31 minit mengetepikan pemain tuan rumah pada perlawanan pusingan kedua pagi Khamis.

Bagaimanapun sebelum mencatat kemenangan, Murray terpaksa bekerja keras berdepan dengan pukulan mengelirukan dari Groth.

"Saya suka bermain dengan gaya yang berlainan. Kebanyakan pemain mempunyai corak permainan yang sama. 

"Tetapi  Sam dari daripada yang lain. Dia lebih banyak menggunakan jaring. Apabila dia melakukan servis yang sempurna, saya mudah hilang sabar.

"Pada set pertama dia jarang melakukan pukulan yang baik, namun pada set kedua amat sengit," jelas Murray.

Pemain berusia 28 tahun itu bakal berdepan depan dengan pemain No.1 Portugal, Joao Sousa yang tewas enam kali sepanjang pertemuan mereka secara keseluruhan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain