suria

Piala FA: Spurs Menang 2-0 Ke Atas Leicester, Mara Pusingan Ke-4

Son (kiri) menjaringkan gol pertama Spurs pada aksi bertemu Leicester awal pagi Khamis.

TOTTENHAM Hotspur mara ke pusingan keempat Piala FA dengan menewaskan Leicester 2-0 pada aksi ketiga di Stadium King Power, awal pagi Khamis.

Son Heung-min meletakkan Spurs di depan pada minit  ke-39 permainan manakala jaringan kemenangan pada minit ke-69 menerusi Nacer Chadli.

Misi Claudio Ranieri untuk membawa Leicester menjuarai Paial FA tahun ini tersekat dengan jaringan dua gol pasukan pelawat itu.

"Saya tidak kecewa dengan prestasi pemain kerana dalam empat perlawanan bertemu Spurs kami menang satu, seri dua dan satu tewas.

"Kali terakhir ketika saya menguruskan skuad di England, Tottenham sentiasa mencuba untuk menguasai bolasepak Eropah dan selepas beberapa tahun mereka berjaya membina sebuah pasukan untuk menjuarai liga. Tetapi perjalanan kami baharu sahaja bermula," jelas Ranieri.

"Tottenham layak menang dan mungkin sistem permainan yang saya terapkan tidak dapat diikuti pemain.

"Mekanisma itu tidak berjalan lancar. Kami bermain baik dengan sistem 4-4-2 tetapi kami perlu perbaiki dengan 4-3-3."

Tottenham Hotspur, Leicester

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Perancis

Artikel Lain