PEMAIN Britain, Andy Murray menewaskan Bernard Tomic 6-4, 6-4, 7-6 , (7-4) untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Australia. Kemenangan itu sekali gus meranapkan impian Tomic untuk bertemu David Ferrer pada kelompok lapan pemain terakhir kejohanan tersebut. Murray akan bertemu Ferrer yang berjaya menundukkan John Isner dalam permainan straight set. Ferrer menang 6-4, 6-4, 7-5. "Ia perlawanan yang sengit, kedua-dua kami mempunyai peluang. Dalam tie break Tomic tidak beraksi dengan baik, dia terlepas beberapa pukulan mudah yang membantu apabila saya sedikit gementar. "Dia berjuang sehingga ke akhirnya tetapi saya berjaya menguasai set terakhir," kata Murray.