suria

Murray Kembali Ke Gelanggang, Bapa Mertua Pulang Ke UK

Sears jatuh pengsan ketika sedang menyaksikan pemainnya Ana Ivanovic menentang Madison Keys Sabtu lalu.
PEMAIN No.1 Britain, Andy Murray kembali ke gelanggang selepas melawat bapa mertuanya, Nigel Sears yang jatuh pengsan ketika aksi ketiga Terbuka Australia di Melbourne Park pada Sabtu lalu.


Sears merupakan jurulatih kepada pemain perseorangan wanita Ana Ivanovic yang sedang beraksi ketika itu.

Manakala ketika kejadian itu berlaku Murray baru sahaja menewaskan pemain Portugal, Joao Sousa.

Bagaimanapun, Sears dibenarkan keluar hospital dan diterbangkan pulang ke United Kingdom.

“Saya dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi dan akan pulang ke UK selepas itu,” jelas Sears dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat ketika kejadian, termasuk pegawai kejohanan Terbuka Australia dan juga kakitangan Hospital Epworth.

“Saya bersyukur dengan keprihatinan ini dan juga pihak media yang melaporkan kejadian ini, saya tidak boleh memberi komen selanjutnya,” tambah Sears.

Sementara itu, Murray bakal beraksi pada saingan pusingan keempat bertemu Bernard Tomic pada Isnin.

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga, Isnin

Artikel Lain