EMMANUEL Adebayor kembali dalam Liga Perdana Inggeris selepas melengkapkan perpindahan mengejut ke Crystal Palace. Kelab ini mengesahkan pengambilan bekas penyerang Tottenham itu sehingga akhir musim ini. Walau bagaimanapun, difahamkan perjanjian itu berkemungkinan akan berakhir pada musim depan dengan kontrak dasarnya adalah perjanjian 18 bulan dengan klausa cuti musim panas, lapor Sportsmail. Palace akan membayar Adebayor sekitar £70,000 seminggu. Adebayor meninggalkan Spurs dengan persetujuan bersama pada bulan September tetapi kelab utara London itu masih bertanggungjawab untuk gajinya berjumlah £100,000 setiap seminggu. Pemain berusia 31 tahun itu akan memakai jersi nombor 25 di Selhurst Park. Pengambilan Adebayor dibuat waktu yang tepat apabila bos Palace Alan Pardew bersama penyerang nombor satunya menghadapi penggantungan tiga perlawanan selepas didakwa melakukan kekerasan oleh FA. Pengerusi Palace Steve Parish menggunakan Instagram untuk mengalu-alukan pemain tambahan barunya itu. Dia berkata: 'Keseronokan sebenar yang perlu diberi sambutan. Palace kini berada di kedudukan ke-11 carta Liga Perdana Inggeris.