LIVERPOOL menempah tiket ke final Piala Liga Inggeris 205/2016 menewaskan Stoke City pada separuh akhir kedua di laman sendiri, awal pagi Rabu. The Reds menang 6-5 melalui penentuan penalti yang penuh dramatik setelah mencatatkan keputusan seri 1-0 sehingga tamat waktu. Stoke City yang tampil sebagai tetamu tampil membuat asakan demi asakan di Stadium Anfield. Menerusi catatan Soccerway, Stoke merekodkan penguasaan bola sebanyak 59 peratus manakala Liverpool hanya 41 peratus. Stoke juga berjaya mencipta beberapa peluang tetapi tidak dapat membolosi barisan pertahanan Liverpool yang bermain disiplin. Liverpool mara apabila dua pemain The Potters iaitu Peter Crouch dan Muniesa gagal melaksanakan tugasnya. Sementara hanya satu tendangan Liverpool yang gagal disempurnakan iaitu yang diambil oleh Emre Can. Lawan Liverpool di final akan ditentukan selepas berakhirnya perlawanan antara Manchester City dan Everton, awal pagi Khamis.