suria

F1: Vettel Catat Masa Terpantas Ujian Tayar Basah Di Perancis

PELUMBA Ferrari, Sebastian Vettel mencatat keputusan terpantas pada sesi ujian pra musim Formula Satu  (F1) di Litar Paul Ricard, Perancis pada Selasa.

Vettel meninggalkan dua pesaing terdekat, Red Bull dan McLaren ketika menguji tayar Pirelli bagi litar basah pada aksi percubaan dua hari itu.

Pirelli merupakan satu-satunya pembekal tayar untuk F1 menjalani ujian bagi mendapatkan data kegunaan tayar basah dan telah merekodkan 659 lap keseluruhannya.

Litar Paul Ricard mempunyai sistem perenjis air yang membenarkan Pirelli untuk membuat ujian dengan jumlah air yang berbeza di atas litar bagi menguji kegunaan tayar menjelang musim baharu nanti.

Ferrari, Red Bull dan McLaren menyertai perlumbaan ujian ini yang menggunakan jentera musim lalu.

Vettel mencatat keputusan terbaik 1 minit 06.750saat, berbanding Red Bull yang dipandu Daniil Kvyat.

Manakala pemandu simpanan McLaren Stoffel Vandoorne yang beraksi dalam tempoh dua hari itu merekodkan keputusan lebih perlahan satu saat berbanding Vettel.

Ujian pra musim pertama 2016 melibatkan semua pasukan bakal berlangsung di Barcelona pada 22 Februari ini, sebelum perlumbaan pembukaan berlangsung di Melbourne, Australia pada 20 Mac ini.

Sebastian Vettel, F1, Pirelli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ronaldo Hak Milik Real Madrid

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan