suria

Pellegrini Akui Silva Masih Belum Pulih

David Silva.

MANUEL Pellegrini mengakui pemain bintangnya, David Silva tidak 100 peratus cergas sejak kebelakangan ini.

Namun pengurus Manchester City itu yakin pemain kelahiran Sepanyol tersebut akan kembali cergas seperti sebelum ini.

Silva beraksi hanya dalam 13 perlawanan sejak kembali selepas pulih daripada kecederaan di buku lali pada November tahun lalu.

Namun dia masih belum cergas sepenuhnya.

Pellegrini kini mendedahkan pemain berusia 30 tahun itu turut dihantui masalah kecederaan lain yang menimbul tanda tanya mengapa dia tidak diturunkan ketika menentang Norwich pada aksi pusingan ketiga Piala FA, 9 Januari lalu.

"David ada kecederaan lain pada musim ini, oleh itu dia tidak beraksi pada dua perlawanan yang sangat dekat.

"Ia bukan hanya kecederaan buku lali. Dia bermula dengan kecederaan itu tetapi satu atau dua minggu sebelum menentang Everton, dia mengalami kecederaan otot.

"Namun kecederaannya beransur pulih, jadi saya berharap dia akan menamatkan aksi musim ini pada tahap terbaik," katanya.

David Silva, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan