BINTANG muda tenis Australia, Nick Kyrgios dan Alja Tomljanovic mengakui mereka sedang dilamun cinta selepas beberapa bulan menyembunyikan hubungan tersebut. Bagaimanapun selepas tewas dalam aksi acara beregu Terbuka Australia minggu ini, mereka akhirnya mengakui sedang melalui fasa percintaan. Sebelum ini mereka hangat diperkatakan apabila rancak memuat naik status atau gambar di laman ssosial malah hanya mengakui 'hanya kawan'. "Hanya bersama dia di gelanggang, dan saya berada di tempat yang selesa. Kami banyak berlatih bersama - saya tahu kecenderungan dia di gelanggang, saya tahu apa kekuatan dia, malah tahu apa yang dia suka di luar sana. Ia mudah sahaja," ujar Kyrgios,20, ketika sidang media sebelum perlawanan Ahad lalu. Sementara itu, Tomljanovic mengakui ia pertama kali berlaku (beregu bersama teman lelaki). "Ia menyeronokkan tetapi saya tidak suka kalah. Jadi selepas ini kami harap dapat melakukan yang lebih baik," jelasnya. Tomljanovic dilahirkan di Croatia dan berpindah ke Brisbane pada tahun 2014. Pemain berusia 22 tahun itu memohon kerakyatan Australia tahun lalu dan dijangka bakal menerima status itu pada Mei ini yang menyaksikan dia bakal mewakili Australia dalam aksi Piala Fed.