suria

Barcelona Benam Bilbao, Mara Ke Separuh Akhir

Neymar melengkapkan gol ketiga Barcelona.

BARCELONA bangkit selepas ketinggalan pada babak pertama dengan menundukkan Athletic Bilbao 3-1 pada aksi pusingan kedua suku akhir Copa Del Rey di Nou Camp, awal pagi Khamis.

Pasukan tuan rumah itu mara dengan agregat 5-2 sekali gus menempah tiket ke pusingan separuh akhir musim ini.

Benteng pertahanan Barca nampak goyah apabila Bilbao membuka jaringan awal menerusi gol Inaki Williams seawal minit ke-12.

Namun Luis Suarez menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

Barca ibarat mengganas di laman sendiri apabila Gerrard Pique dan Neymar mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-81 dan 90.

Pasukan kendalian pengurus Luis Enrique yang kini mengungguli carta teratas La Liga sudah menjulang trofi Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia Fifa dan masih lagi beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Sementara itu, Atletico Madrid, juara pada 2013, tewas dengan agregat 3-2 kepada Celta Vigo.

Selepas terikat seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Vigo, Pablo Hernandez meletakkan Celta di depan sebelum Antoine Griezmann menyamakan kedudukan.

Dua gol yang dijaringkan bekas penyerang Manchester City, John Guidetti dan Hernandez meletakkan pasukan pelawat itu pada kedudukan selesa.

Angel Correa bangkit menjaringkan gol kedua Atletico tetapi ianya sudah terlambat untuk menyamakan kedudukan.






Copa del Rey, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain