suria

City Jumpa Liverpool Di Final Piala Liga

De Bruyne (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

MANCHESTER City bangkit menewaskan Everton 3-1 pada pusingan kedua separuh akhir Piala Liga di Stadium Etihad, awal pagi Khamis.

Kemenangan itu membolehkan City melangkah ke aksi final bertemu Liverpool.

Sergio Aguero muncul penyelamat City apabila menjaringkan gol terakhir yang membolehkan pasukan tuan rumah menang dengan agregat 4-3.

Everton terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Ross Barkley seawal minit ke-18.

Namun City bangkit menyamakan kedudukan hasil sepakan Fernandinho pada minit ke-24.

Pemain gantian City, Kevin De Bruyne meletakkan kedudukan dengan agregat 3-3 selepas menjaringkan gol kedua pasukan tuan rumah pada minit ke-70.

City nampak tertekan untuk menggandakan jaringan sebelum Aguero menanduk masuk hantaran De Bryune pada minit ke-76.

City akan bertemu Liverpool di Stadium Wembley pada 28 Februari depan.

Terdahulu Liverpool menundukkan Stoke menerusi penentuan penalti untuk mara ke final.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Copa Italia

Artikel Lain