> Novak Djokovic mara ke final Terbuka Australianya yang keenam > Dia menumpaskan Roger Federer dalam empat set > Djokovic menang dua set dengan hanya mengambil masa 54 minit > Federer melawan pada set ketiga dan menang > Djokovic respon dengan menang set keempat PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic berjaya sekali lagi menumpaskan bekas pemain nombor satu dunia, Roger Federer dalam empat set untuk mara ke final kejohanan Grand Slam pertama tahun ini iaitu Terbuka Australia pada Khamis. Djokovic menang 6-1, 6-2, 3-6, 6-3 selepas bertarung selama dua jam 19 minit di gelanggang utama Rod Laver di Melbourne, Australia. Dia kini menunggu satu lagi perlawanan separuh akhir antara pemain nombor satu Britain, Andy Murray yang akan menentang Milos Raonic dari Kanada nanti. Djokovic telah memenangi Terbuka Australia sebanyak lima kali dan tidak pernah tewas dalam perlawanan akhir di sini. Dan jika dia berjaya menang dalam final nanti ia bakal mencatat sejarah sebagai yang keenam di kejohanan ini. Federer berjuang habis-habisan untuk cuba menidakkan kemaraan Djokovic namun tidak mampu menyekat pemain dari Serbia itu.