ANGELIQUE Kerber menggagalkan hasrat Serena Williams untuk terus merebut gelaran juara apabila beliau menewaskan pemain tenis wanita nombor satu dunia itu pada pusingan akhir Terbuka Australia, Sabtu. Pemain dari Jerman itu menewaskan Williams dengan 6-4 3-6 6-4. Pusingan akhir di Melbourne Park itu menyaksikan Kerber julung kalinya merangkul gelaran Grand Slam. Kerber yang berusia 28 tahun menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan akhir paling besar buatnya. Williams yang tewas hanya mampu tersenyum dan dilihat memberikan pelukan dan ucapan tahniah kepada pemenang.