suria

Chelsea Enggan Lepas Diego Costa, Tolak Tawaran Atletico Madrid

Diego Costa
CHELSEA sekali lagi menolak tawaran dari Atletico Madrid yang mahu Diego Costa yang sudah bersama kelab itu selama 18 bulan terus kekal bersamanya.

Atletico sebelum ini didakwa menawarkan Jackson Martinez sebagai pertukaran dengan Costa dan tawaran itu sudah ditolak oleh Chelsea.

Berdasarkan laporan mirror.co.uk pada Isnin, Costa yang dibeli Chelsea dari Atletico pada 2014 dengan nilai £32 juta memainkan peranan penting dalam skuad asuhan Jose Mourinho yang meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim 2014/2015.

Prestasinya menurun di awal musim ini. Tetapi sejak Guus Hiddink dilantik sebagai pengurus sementara menggantikan Jose Mourinho yang dipecat akhir 2015 lalu, penyerang berusia 27 tahun itu sudah menyumbangkan enam gol dalam enam perlawanan terakhirnya.

Costa juga kembali menjadi kunci dalam kemenangan kedua Chelsea ke atas Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berbanding Jackson Martinez yang dibeli Atletico musim panas lalu, penampilannya tidak seperti yang dijangkakan.

Penyerang berasal dari Colombia berusia 29 tahun itu baru menyumbangkan tiga gol dalam 22 pertandingan.

Situasi ini membuatkan jurulatih Atletico Diego Simeone kembali memikirkan tentang bekas pemain bintangnya yang sudah terbukti memiliki ketajaman di depan gawang lawan.

Costa juga didakwa sukar menyesuaikan diri dengan kehidupannya bersama kelab Inggeris dan berniat untuk kembali ke Sepanyol.

Sikap agresifnya, telah membuat dia berkali-kali mendapat hukuman dari Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Apa yang menyelubungi Costa membuatkan Atletico percaya bahawa Chelsea akan melepaskannya dengan pertukaran pemain.

Namun tawaran pertamanya sudah ditolak, dan Atletico sudah melakukan usaha kedua dengan penawaran wang tunai serta ditambah pemain.

Tetapi tawaran itu tetap tidak menarik bagi Chelsea.
Diego Costa, Chelsea, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain