MEMPHIS Depay yang digugurkan daripada skuad Utama Manchester United selepas menjadi penyebab kelab itu seri 1-1 dengan Chelsea pada Ahad lalu kembali membuktikan kemampuan dirinya. Ketika mewakili skuad Bawah-21 tahun United pada Isnin, Depay mencipta peluang untuk kelab itu memperolehi tiga gol. Selain Depay yang dibeli pada harga £25 juta, kesebelasan skuad berkenaan turut dibarisi oleh Phil Jones dan Adnan Januzaj. Perlawanan yang disaksikan oleh Louis Van Gaal itu berakhir dengan United mengutip kemenangan besar membelasah Norwich 7-0. Ketua pasukan United, Wayne Rooney dan beberapa rakan sepasukan turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut di Old Trafford. Dalam perlawanan itu, gol United dijaringkan oleh Will Keane (minit ke-13, 37, 47, 62, 77), Andreas Pereira ( 52 pen) dan Fosu-Mensah (70).