suria

Messi Tidak Hadir Latihan, Jalani Pemeriksaan Buah Pinggang

Lionel Messi
LIONEL Messi akan menjalani beberapa pemeriksaan bagi mengenal pasti perkembangan masalah pada buah pinggangnya. Pemeriksaan tersebut menyebabkan penyerang Barcelona itu tidak dapat menjalani latihan selama dua hari.

Pada Disember lalu, Messi tidak tampil dalam perlawanan semi-final Piala Kelab Dunia menentang Guangzhou Evergrande kerana mengalami renal colic (kolik buah pinggang). Renal colic merupakan sakit pada bahagian perut yang secara umumnya disebabkan kerana batu buah pinggang.

"Penyerang FC Barcelona Lionel Messi akan menjalani beberapa pemeriksaan pada Isnin dan Selasa untuk melihat perkembangan masalah buah pinggang yang dialaminya pada Disember lalu," menurut Barca dalam kenyataan rasminya.

"Messi akan kembali berlatih bersama pasukan pada hari Rabu."

Messi kemungkinan besar tidak akan diturunkan ketika Barca menentang Valencia di Mestalla pada separuh akhir kedua Copa del Rey, Rabu.

Ini kerana, kedudukan Barca sudah cukup selesa setelah mereka menang 7-0 di pertemuan pertama. Messi bagaimanapun dijangka akan tampil pada perlawanan menentang Celta Vigo, minggu depan.

Messi, 28, telah bermain dalam 28 perlawanan musim ini bersama Barca dan menyumbangkan 24 gol.
Lionel Messi, renal colic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain