suria

Pemilik Liverpool Mohon Maaf, Batal Hasrat Naikkan Harga Tiket

Penyokong Liverpool menunjukkan tanda protes terhadap cadangan untuk menaikkan harga tiket di Anfield.

LIVERPOOL: Liverpool meminta maaf kepada penyokong pasukan itu dan membatalkan rancangan untuk menaikkan harga tiket perlawanan di Anfield.

Keputusan tersebut diambil selepas 10,000 peminat melakukan protes keluar dari stadium hujung minggu lalu.

Harga baharu yang dicadangkan iaitu 77 pound (RM461) disifatkan harga paling mahal untuk aksi di Anfield musim depan.

Susulan pengumuman terbaharu Liverpool, ini bermakna harga tiket paling mahal kekal pada 59 pound (RM353), manakala paling murah adalah 9 pound (RM53).

Harga tiket bermusim pula dikekalkan pada kadar 869 pound (RM5203) dan paling murah adalah 685 pound (RM4101).

"Ia menjadi minggu yang huru-hara. Bagi pihak Fenway Sports Group dan Liverpool FC, kami memohon maaf atas kesulitan disebabkan pelan harga tiket untuk musim 2016/17," kata kelab itu.

Permohonan maaf dan pembatalan cadangan itu dimaklumkan menerusi satu surat yang ditandatangani oleh pemilik Liverpool, John W Henry dan Pengerusi, Tom Werner. 

Liverpool, Anfield, harga tiket

Artikel Sebelum

"Susah" - Fakri Saarani

Artikel Berikut

Nestle Tarik Diri Taja IAAF

Artikel Lain