CHELSEA berjaya menewaskan Newcastle United dengan 5-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi Ahad. Lima gol Chelsea dicatatkan oleh Diego Costa, Pedro, Willian dan Bertrand Traore. Dengan kemenangan ini, Chelsea naik dua ke tangga ke-12 dengan 33 mata. Newcastle pula di posisi ke-18 dengan 24 mata. Pasukan The Blues yang tampil dengan sejumlah pemain terbaiknya mampu mendominasi permainan. Mereka mencatatkan penguasaan bola sehingga 55 peratus, berbanding 45 persen daripada pasukan tamu. Chelsea turut mengungguli jumlah tendangan, dengan lapan dari sembilan percubaan. Newcastle pula hanya melakukan tiga tendangan tepat sasaran dari empat percubaan. Hanya pada lima minit awal permainan, pasukan di bawah pimpinan Guus Hiddink mencatatkan gol menerusi aksi Diego Costa. Selang empat menit kemudian, Chelsea menggandakan keunggulan melalui Pedro. Pada minit ke-17, Chelsea kembali membolosi gawang The Magpies. Kali ini giliran Willian mencatatkan namanya di papan skor. Memasuki babak kedua, The Blues masih menguasai permainan apabila pada minit ke-59, Pedro memberikan gol. Dengan baki masa permainan, skuad pimpinan Steve McClaren dilihat sukar untuk mengatasi serangan. Sebaliknya pemain pengganti Chelsea, Bertrand Traore menambah gol pada menit ke-83. Bagaimanapun, Newcastle berjaya meraih satu gol menjelang akhir permainan tanpa sebarang jaringan tambahan selepas itu. Chelsea meraih kemenangan ke atas Newcastle dengan 5-1.