suria

LTdL: Jalan Di George Town Ditutup Berperingkat 25 Februari

GEORGE TOWN: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat pada 25 Februari ini sempena perlumbaan berbasikal Le Tour De Langkawi (LTdL) 2016.

Ketua Trafik Pulau Pinang Supt Roslan Ali berkata penutupan jalan mulai 10.30 pagi itu akan bermula dari Jalan Pengkalan Weld ke arah pusat bandar dan ke lampu isyarat Jalan Kelawei-Gurney Drive sehingga persimpangan Tanjung Tokong.

"Penutupan akan berkuat kuasa sehingga perlumbaan berakhir di Padang Kota yang saya jangkakan kira-kira pukul 12.45 tengah hari," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata 31 pegawai dan 995 anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang tempoh itu.

Laluan perlumbaan di negeri ini akan meliputi jarak sejauh 100.5 kilometer dan melibatkan kelima-lima daerah, katanya. - BERNAMA


LTdL, George Town

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain