ANTONIO Conte didakwa sebagai individu pilihan untuk dilantik sebagai jurulatih tetap Chelsea bagi menggantikan Guus Hiddink. Jurulatih Itali berusia 46 tahun itu dikatakan calon utama selain pengendali Juventus, Massimiliano Allegri dan jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone. Bagaimanapun Simeone merupakan calon pilihan penyokong Chelsea untuk membimbing kelab tersebut pada musim depan. Namun, terdapat laporan mendakwa beberapa wakil Chelsea telah bertemu jurulatih Juventus untuk mendapatkan persetujuan mengenai pelantikan yang akan dibuat pada akhir musim ini. Conte akan mengetuai Itali dalam saingan Euro di Perancis pada pertengahan tahun ini.