PENYERANG kebangsaan Australia, Tim Cahill yang disingkirkan Shanghai Shenhua pada minggu lalu menandatangani kontrak jangka masa pendek dengan kelab Liga Super China (CSL) , Hangzhou Greentown. Hangzhou yang menamatkan saingan CSL di tempat ke-11 tahun lalu dikemudi bekas pemain pertahanan Korea Selatan, Hong Myung-bo. Menurut Myung-bo, pemain berusia 36 tahun itu akan menyarung jersi Hangzhou selama enam bulan. "Sebagai pemain import utama di dalam kelab, kami tidak sabar untuk menyaksikan prestasi terbaik Cahill dalam CS. "Selamat maju jaya Tim Cahill," tulis kelab itu di laman web kelab tersebut pada Isnin. Cahill yang beraksi selama lapan musim bersama Everton dan tiga tahun di New York Red Bulls merupakan penyerang prolifik dan menjaringkan 11 gol dalam 28 penampilan bersama Shenhua.