LEBIH kurang sebulan sahaja lagi tirai perlumbaan Formula Satu (F1) 2016 bakal dibuka di Melbourne, Australia. Biarpun masih mempunyai masa dalam membuat persiapan terakhir, perang psikologi sudah mula kedengaran sebaik sahaja pasukan-pasukan memperkenalkan jentera baharu bagi mengharungi cabaran musim. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan F1, Bernie Ecclestone mendedahkan perlumbaan musim adalah yang paling teruk, malah menegaskan tidak akan membayar untuk menyaksikan perlumbaan. Ecclestone mendakwa sukan ini adalah 'kartel haram' dan menganggap Mercedes serta Ferrari memegang jumlah veto dalam apa sahaja peraturan baharu. "Keputusan Formula Satu adalah yang paling buruk pernah saya lihat. Saya tidak akan mengeluarkan duit untuk membawa keluarga menonton perlumbaan ini. Tidak sama sekali. "Apa tujuannya jika kamu sudah tahu , bookie sudah tahu dan mereka tidak bodoh bahawa Lewis Hamilton mungkin berada di grid permulaan dan seperti tidak menang, tetapi seorang lagi pemandu Mercedes akan berada di podium?". Jentera baharu pasukan Mercedes WO7 Jelasnya masalah ini berlaku dari akar umbi, penipuan dalam proses membuat keputusan ketika memperkenalkan Ferrari dan Mercedes tiga tahun lalu sebagai pemegang kuasa untuk sebarang peraturan baharu. Mereka menjadi pengeluar enjin kepada lapan daripada 11 pasukan yang enggan untuk menentang harapan pembekal itu. Tambahnya, kepentingan peribadi sudah jelas dan perjanjian ini berterusan sehingga tahun 2020. "Perkara ini biasanya dikenali sebagai kartel. Dan kartel adalah menyalahi undang-undang. Sekarang kita sedang melalui sesuatu yang haram, atau ia adalah anti-persaingan," jelas Ecclestone. Dua pasukan kerdil, Sauber dan Force India yang meragui peraturan ini telah merujuk kepada Suruhanjaya Eropah namun Ecclestone berkata: "Suruhanjaya munkin terlibat tetapi kami sudah dewasa, dan kita patut menyelesaikannya sendiri." Bagaimanapun kecaman Ecclestone itu tidak menghalang kemeriahan F1 musim ini yang mana menyaksikan pelbagai perubahan berlaku. Musim 2016 bakal menjadi perlumbaan paling panjang dalam sejarah permotoran dengan 21 pusingan berbanding 19 sebelum ini bermula di Australia pada 20 Mac dan berakhir 27 November di Abu Dhabi. Ia juga bakal menyaksikan seramai 22 pelumba bakal bersaing apabila kemunculan pasukan baharu yang pertama dari Amerika Syarikat selepas tahun 1986 iaitu Haas F1 Team. Suasana baharu juga dapat dilihat dengan kehadiran Renault yang kembali ke litar selepas empat tahun menggantikan Lotus.Romain Grosjean meninggalkan Lotus selepas tamat musim lalu dan menyertai pasukan baharu Haas F1 Team musim ini bergandingan dengan bekas pelumba Sauber Esteban Gutierrez yang menjadi pemandu simpanan Ferrari musim lalu. Red Bull Racing akhirnya menamatkan perjanjian selama sembilan tahun bersama pengeluar enjin Renault selepas prestasi hambar musim lalu.Walaupun kontrak kerjasama dengan Renault tamat, mereka tetap mengguna enjin itu dengan nama berbeza Tag Heuer. Pasukan Marrusia bertukar nama kepada Manor Racing dan menggunakan enjin baharu Mercedes berbanding Ferrari sebelum ini.Scuderia Toro Rosso kembali menggunakan kuasa Ferrari seperti tahun 2014 selepas Renault mengumumkan tidak lagi mengeluarkan enjin untuk pelanggan. Pastor Maldonado mengumumkan tidak akan memandu untuk Renault walaupun telah menandatangani dengan Lotus. Ia berkaitan dengan kegagalan penajanya PDVSA membayar penajaannya musim ini. Manor membebaskan pelumba Marussia Will Stevens, Roberto Merhi, dan Alexander Rossi. Pasukan itu mengikat dua pelumba rookie iaitu juara Tourenwagen Masters Belanda 2015, Pascal Wehrlein dan pemenang keempat Series GP2 Rio Haryanto. Haryanto menjadi pelumba pertama Indonesian yang menyertai perlumbaan kejuaraan dunia ini.kalendar perlumbaan juga menyaksikan Grand Prix Jerman kembali disenaraikan selain Grand Prix Eropah di Azerbaijan. Lewis Hamilton bakal memulakan saingan dengan mempertahanan kejuaraannya bagi tahun kedua berturut-turut selepas merangkul trofi dunia kali ketiga 2015 di Grand Prix Amerika Syarikat. Manakala pasukannya Mercedes juga dijangka mempertahankan gelaran juara pengeluar keseluruhan yang kedua di Grand Prix Rusia tahun lalu. Grand Prix Eropah akan berlangsung di litar jalanan di Baku dan pertama kali diadakan di Azerbaijan. Jentera baharu Ferrari SF16-H GP Jerman kembali ke Hockenheimring selepas dibatalkan pada tahun 2015 kerana venue dilaporkan tidak selamat. GP Malaysia yang berlangsung awal tahun sejak 2001 kini berubah tarikh ke bulan Oktober bersama GP Jepun. Manakala GP Rusia diadakan pada bulan Mei berbanding Oktober sebelum ini. Peraturan baharu teknikal melibatakan pasukan diminta diminta membuat pengubahsuaian dengan pengasingan injap untuk gas eksoz bagi memastikan peningkatan bunyi bising jentera selepas menerima kritikan enjin V6 yang diperkenalkan tahun 2014 yang lebih senyap. JADUAL PERLUMBAAN FORMULA SATU 2016: 1. GP Australian, Albert Park 18/03 - 20/03 2.GP Bahrain, Litar Bahrain International 01/04 - 03/04 3.GP China, Litar Shanghai 15/04 - 17/04 4.GP Rusian, Sochi Autodrom 29/04 - 01/05 5.GP Sepanyol, Litar de Barcelona-Catalunya 13/05 - 15/05 6.GP Monaco, Litar de Monaco 26/05 - 29/05 7.GP Kanada, Litar Gilles Villeneuve 10/06 - 12/06 8.GP Eropah, Litar Baku 17/06 - 19/06 9.GP Austria, Red Bull Ring 01/07 - 03/07 10.GP British, Litar Silverstone 08/07 - 10/07 11.GP Hungary, Litar Hungaroring 22/07 - 24/07 12.GP Jerman, Litar Hockenheimring 29/07 - 31/07 13.GP Belgium, Litar de Spa-Francorchamps 26/08 - 28/08 14.GP Ital, Autodromo di Monza 02/09 - 04/09 15.GP Singapure, Litar Marina Bay 16/09 - 18/09 16.GP Malaysia, Litar Sepang 30/09 - 02/10 17.GP Jepun, Litar Suzuka 07/10 - 09/10 18.GP Amerika Syarikat,Circuit of the Americas 21/10 - 23/10 19.GP Mexico, Autódromo Hermanos Rodríguez 28/10 - 30/10 20.GP Brazil, Autódromo José Carlos Pace 11/11 - 13/11 21.GP Abu Dhabi, Litar Yas Marina Circuit 25/11-27/11