suria

V Shem- Wee Kiong Gagal Ke Final Seluruh England

KUALA LUMPUR: Beregu utama negara, Goh V Shem-TanWee Kiong gagal mengekalkan rentak kemenangan apabila gagal mara ke finalKejohanan Seluruh England di Barclaycard Arena, Birmingham pada Ahad.

Pada perlawanan separuh akhir petang ini (malam waktu Malaysia), V Shem-WeeKiong, beregu ranking ke-16 dunia, terpaksa akur dengan ketangkasan beregu pilihan keenam, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun dengan straight set 13-21 dan 15-21.

Pada pusingan suku akhir, V Shem-Wee Kiong buat pertama kalinya mengalahkan beregu profesional negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang juga merupakan bekas juara edisi 2007 dengan keputusan 21-19, 22-20.

Kejohanan Siri Super Premier itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$550,000 (RM2.263 juta). Kejayaan mara ke separuh akhir pertama mereka di kejohanan ini juga adalah kemenangan moral buat V Shem-Wee Kiong yang bersaing hebat dengan Kien Keat-Boon Heong, beregu nombor 17 dunia, untuk merebut tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016, Ogos ini.

Ini berikutan Malaysia sekadar mampu mengharapkan satu tiket dalam acara ini selepas kedua-dua pasangan itu masih berada di luar kelompok lapan beregu terbaik dunia.

Mengikut sistem kelayakan Olimpik, sesebuah negara hanya boleh menghantar maksimum dua wakil dalam acara beregu jika mereka berada dalam kelompok lapan terbaik sehingga tarikh tutup kelayakan. Tarikh akhir kelayakan Sukan Olimpik adalah pada 5 Mei ini.-Bernama

Artikel Lain